PERLUKAN BANTUAN untuk membuka kunci hayat digital anda tanpa membayar penyerang anda*?
Pada masa ini, bukan semua jenis perisian tebusan mempunyai penyelesaian. Teruskan melungsuri laman web ini kerana kunci dan aplikasi baharu akan ditambah apabila tersedia.
Perisian tebusan adalah perisian hasad yang mengunci komputer dan peranti mudah alih anda atau menyulitkan fail elektronik anda. Apabila ini berlaku, anda tidak dapat mencapai data anda melainkan anda membayar wang tebusan. Walau bagaimanapun, tiada jaminan anda akan dapat mencapai data anda dan anda tidak sekali-kali patut membayar!
- Penyahsulit baru untuk DoNex tersedia, sila klik di sini.
- Penyahsulit baru untuk HomuWitch tersedia, sila klik di sini.
- Penyahsulit baru untuk BlackBasta tersedia, sila klik di sini.
- Penyahsulit baru untuk Rhysida tersedia, sila klik di sini.
- Penyahsulit baru untuk Lockbit 3.0 tersedia, sila klik di sini.
-
BERITA BAIK
Pencegahan dapat dilaksanakan. Dengan mengikut nasihat keselamatan siber yang mudah, dapat membantu anda untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa perisian tebusan.
-
Berita tidak baik
Malangnya, dalam banyak kes, sekali perisian tebusan telah dilepaskan ke dalam peranti anda, tiada apa yang boleh anda lakukan melainkan anda mempunyai sandaran atau telah memasang perisian keselamatan.
-
BERITA BAIK
Walau bagaimanapun, kadangkala mungkin ada cara untuk membantu pengguna yang dijangkiti untuk mendapatkan semula akses kepada fail yang disulitkan atau sistem yang terkunci, tanpa perlu membayar. Kami mempunyai repositori kunci dan aplikasi yang boleh menyahsulitkan data yang dikunci oleh jenis-jenis perisian tebusan yang berbeza.
DINYAHSULITKAN
Pertarungannya telah tamat untuk ancaman perisian tebusan ini. Jika anda telah dijangkiti dengan salah satu jenis perisian tebusan ini, klik pada pautan di bawah namanya dan anda akan dibawa kepada alat penyahsulitkan.
Ransomware Q&A
Get to know the answers to some of the most common questions.