Nasihat Pencegahan

Nasihat pencegahan tambahan WannaCry

  1. Nyahdayakan smb v1, ini mencegah Wannacry daripada tersebar dalam rangkaian anda.
  2. Pasang tampalan Microsoft, ini juga mencegah Wannacry daripada tersebar dalam rangkaian anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, klik di sini.

Bagaimana untuk mengelakkan serangan perisian tebusan?

  1. Sandarkan! Sandarkan! Sandarkan! Sediakan sistem pemulihan agar jangkitan perisian tebusan tidak dapat memusnahkan data peribadi anda selama-lamanya. Sebaik-baiknya buat dua salinan sandaran: satu untuk disimpan dalam awan (ingat untuk menggunakan perkhimatan yang membuat sandaran auomatik terhadap fail anda) dan satu untuk disimpan secara fisikal (pemacu keras mudah alih, pemacu jari, komputer riba tambahan, dsb.) Tanggalkan salinan sandaran itu dari komputer anda apabila anda telah selesai. Salinan sandaran anda akan berguna sekiranya anda tersalah padamkan fail yang kritikal atau mengalami kegagalan cakera keras.
  2. Gunakan perisian antivirus yang lasak untuk melindungi sistem anda daripada perisian tebusan. Jangan matikan ‘fungsi heuristik’ kerana ini akan membantu penyelesaian untuk menangkap sampel perisian tebusan yang mungkin belum lagi dikesan secara formal
  3. Pastikan semua perisian anda dikemas kini pada komputer anda. Apabila sistem pengendalian (OS) atau aplikasi anda mengeluarkan versi bahau, pasangkannya.
  4. Jangan percaya sesiapa. Secara literal. Mana akaun boleh dikompromi dan pautan berniat jahat boleh dihantar dari akaun rakan pada media sosial, rakan sejawat atau rakan kongsi permainan dalam talian. Jangan sekali-kali buka lampiran dalam e-mel daripada seseorang yang anda tidak kenali. Penjenayah siber sering mengedarkan mesej e-mel palsu yang kelihatan sama sangat dengan pemberitahuan e-mel dari kedai dalam talian, bank, polis, mahkamah atau agensi pengumpulan cukai, mengumpan penerima agar mengklik pada pautan berniat jahat dan melepaskan perisian ke dalam sistem mereka. Ini dipanggil pemancingan (‘phishing’). Apabila sistem pengendalian (OS) atau aplikasi anda mengeluarkan versi bahau, pasangkannya. Dan jika perisian menawarkan opsyen mengemas kini secara automatik, harap ambilnya.
  5. Dayakan opsyen ‘Tunjukkan sambungan fail’ dalam tetapan Windows pada komputer anda. Ini akan memudahkan lagi untuk mengesan fail yang berpotensi berniat jahat. Jauhkan dari sambungan fail seperti ‘.exe’, ‘.vbs’ and ‘.scr’. Penjenayah komplot boleh menggunakan beberapa sambungan untuk menyamarkan fail berniat jahat sebagai video, foto, atau dokumen (seperti hot-chics.avi.exe atau doc.scr)
  6. Jika anda menemui penyangak atau proses yang tidak diketahui pada mesin anda, segera putuskan sambungannya daripada internet atau sambungan rangkaian lain (seperti Wi-Fi rumah) — ini akan mengelakkan jangkitan daripada tersebar.