Penafian laman web.

Laman web ini dan kandungannya dibangunkan secara bersama oleh beberapa pihak. Ia menyediakan maklumat kepada orang awam, dan terutama sekali kepada mangsa, tentang perisian tebusan.  Ia bertindak sebagai antara muka antara mangsa dan pembekal alatan dan penyelesaian untuk menyahsekat dan/atau menyahsulitkan fail-fail mangsa. Anda perlu tahu bahawa:

  • Laman web “No more ransom” mengandungi pautan kepada laman web lain. Ini adalah laman web yang berasingan, dibangunkan, dikawal dan diselenggarakan oleh pembekal alatan menyahsekat dan penyulitan perisian tebusan. Dengan mengklik pada pautan dan menavigasi pada laman web yang berasingan, anda boleh bersetuju dengan terma dan syarat laman web tersebut (berasingan).
  • Penyertaan pautan luaran pada laman web ini tidak menunjukkan sokongan terhadap produk atau perkhidmatan yang terkandung dalam laman web itu;
  • Laman web “No more ransom” tidak digunakan untuk mengumpulkan data peribadi anda. Walau bagaimanapun, laman web yang dipautkan boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Tanggungjawab untuk memproses data peribadi anda adalah dengan pihak yang memiliki laman web itu. Pihak tersebut juga adalah titik hubungan pertama anda;
  • Europol – sebagai salah satu daripada peserta projek – tidak boleh dan tidak akan mengumpulkan, memproses atau menyimpan data peribadi anda;
  • Maklumat dan nasihat yang diterbitkan pada laman web ini ditawarkan untuk tujuan maklumat umum sahaja dan tidak sepatutnya dianggap sebagai nasihat profesional. Maklumat tersebut disediakan “sebagaimana sedia ada”, tanpa diubah suai mengikut situasi individu. Kami tidak menawarkan penyelesaian yang dijamin kepada usaha menyahsekat dan/atau menyahsulitkan fail anda dan tidak menerima sebarang tanggungjawab sekiranya gagal melakukan yang sedemikian:
  • Semua maklumat yang berhubung dengan perisian diagnostik dan/atau alat penyahsulitan yang tersedia pada laman web “No more ransom“ dibekalkan oleh pemilik alat tersebut, yang juga bertanggungjwab dan bertanggungjawab ke atas kelengkapan, ketepatan dan kebolehpercayaan maklumat tersebut. Sekiranya terdapat soalan yang berhubung dengan alat atau maklumat tentang alat tersebut, sila hubungi secara terus pihak yang memilik alat itu;
  • Perisian hasad adalah bidang jenayah yang bergerak pantas. Walaupun projek “No more ransom” bertujuan untuk membantu individu dengan isu yang dihadapi, keputusan yang diambil tentang sama ada untuk menggunakan sebarang perisian diagnosik tau alatan penerangan adalah dalam risiko anda sendiri.  Perisian hasad direka khusus untuk menyebabkan gangguan maksimum dan pihak yang terlibat dalam menyediakan laman web ini tidak boleh di bawah apa-apa keadaan sekalipun menerima liabiliti ke atas sebarang kehilangan data atau kerosakan pada harta:
  • Pihak-pihak tidak bertanggungjawab ke atas, dan tidak dipertanggungjawabkan ke atas, laman web tergendala buat sementara waktu disebabkan oleh isu-isu teknikal yang di luar kawalan kami;
  • Nama dan logo berikut adalah milik eksklusif satu daripada pihak-pihak tersebut dan dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa. Penggunaan yang tidak sah bagi nama dan logo ini adalah dilarang:
    • Nama dan logo Europol
    • nama dan logo EC3
    • nama dan logo “de Politie” bagi Dutch Police
    • McAfee Ireland Limited dan Logo (McAfee)
  • Laman web ini menggunakan kuki: Analisis Google adalah satu alat yang mudah digunakan dan membantu pemilik-pemilik web mengukur bagaimana pengguna berinteraksi dengan kandungan laman web. Apabila pengguna melayari halaman-halaman web, Analisis Google menyediakan pemilik-pemilik web tag-tag Javascript (pusat sumber) untuk merakam maklumat mengenai halaman seseorang pengguna telah lawati, seperti URL halaman. Pusat sumber Javascript Analisis Google menggunakan Kuki HTTP untuk "mengingati"aktiviti pengguna di halaman yang telah dilayari/interaksi dengan halaman web. Analisis Google lazimnya menggunakan kuki pihak pertama untuk laporan interaksi pengguna di halaman-halaman web pelanggan Analisis Google. Kuki-kuki ini digunakan untuk menyimpan maklumat kenal pasti bukan-peribadi. Pelayar tidak mengongsi kuki pihak pertama dengan semua lingkungan.
    Untuk maklumat lanjut, sila layari Dasar Pribadi Analisis Google.